Vietnam dah kecut perut

HANOI – Ketua jurulatih Vietnam, Park Hang-seo mengakui resah dengan peluang mereka untuk menewaskan Malaysia selepas menyedari pasukannya mungkin berdepan kris!s ketumpulan penyudah di jentera s3rangan pada aksi Kumpulan G kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 yang dijadual berlangsung di Stadium My Dinh, Hanoi malam esok.

Hang-seo sebelum ini mengakui bahawa skuad Malaysia telah menunjukkan peningkatan yang ketara berbanding pertemuan terakhir kedua-dua pasukan pada final Piala Suzuki AFF 2018 yang mana menyaksikan skuad Naga Emas itu menewaskan Malaysia dengan agregat 3-2.

Bagaimanapun, kerisauan jurulatih dari Korea Selatan itu semakin bertambah apabila menerima khabar striker s3nsasinya Nguyen Cong Phuong gagal mendapat tempat dalam skuad utama kelab Liga Belgium, Sint-Truiden yang diwa­kilinya secara pinjaman selepas hanya beraksi satu perlawanan sahaja pada musim ini.

“Saya akui agak risau dengan prestasi Cong Phuong yang dilihat tidak berpeluang beraksi dengan kompetitif seperti yang diharapkan bersama Sint-Truiden musim ini,” katanya menerusi portal vnexpress.net kelmarin.

Lebih m@lang buat Hang-seo, striker berusia 24 tahun itu hanya dapat melaporkan diri dalam kem latihan Vietnam kelmarin selepas gagal mendapat pelepasan lebih awal daripada Sint-Truiden.

Namun, dia dijangka tetap menagih khidmat Cong Phuong dalam kesebelasan utama kerana sedar Malaysia memiliki kemampuan untuk mengec3wakan mereka di hadapan penyokong sendiri.

Kami telah menyaksikan gaya permainan Malaysia ketika berdepan Indonesia dan UAE (Emiriyah Arab Bersatu). Mereka masih dibimbing oleh jurulatih yang sama, namun ada sedikit perbezaan dalam skuad mereka.

“Jentera s3rangan mereka juga sangat berbeza dan lebih taj@m berbanding dengan pertemuan kami pada Piala AFF tahun lepas. Saya rasa kami perlu fikirkan strategi baharu untuk mengatasi mereka.

“Sudah tentu amat mustahil untuk membuat perubahan besar-besaran, tetapi saya akan cuba melakukan perubahan yang sesuai supaya dapat mengucar-kac!rkan dan memperdayakan pasukan mereka. Kami akan cuba mencari taktik baharu dan menganalisa perbezaan yang ditampilkan oleh Malaysia dalam kempen ini,” kata Hang-seo menerusi portal Nhan Dan baru-baru ini.

Vietnam yang kini menduduki ranking ke-99 dunia, hanya beraksi satu perlawanan kelayakan Kumpulan G pada bulan lalu yang mana mereka meraih keputusan seri 1-1 ketika bertemu Thailand di Bangkok.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *