Terima kasih Ultras Malaya

Semboyan ‘Hanoi Calling’ sudah makin kuat dicanang!

Penyokong Malaysia sudah bersedia untuk bergerak ke Hanoi. Pengumpulan comrad Ultras digerakkan dari ultras negeri. Penyokong lain bersedia mengekori. Perancangan ke Hanoi disusun.

Mungkin kumpulan ini kecil. Tetapi gerakan penyokong ini sudah bersedia untuk mendendangkan lagu “Inilah barisan kita, siap sedia berjvang, untuk ibu pertiwi.”

Perkembangan terkini di Malaysia, makin ramai ekor ‘awayday’ yang sanggup berk0rban masa dan wang ringgit. ‘National Calling’ untuk menjadi ekor-ekor semakin disahut.

Ultras Malaya memainkan peranan penting. Bukan saja membawa comrad Ultras, tetapi mengkordinasikan ekor-ekor ‘awayday’ yang lain. Terima kasih Ultras Malaya.

Menyingkap malam 15 Disember tahun lalu, ketika Malaysia tewas agregat 3-2 kepada Vietnam. Masih terbayang kerivhan penyokong Naga Emas di stadium My Dinh. Bingit dengan vuvuzela.

Kemuraman penyokong Malaysia di tambah lagi sak!t apabila terpaksa menghadapi kemeriahan meraikan kemenangan lawan itu sepanjang malam. Kami ingat tarikh ini. Kami akan kembali.

Seluruh Malaysia percaya akan tiba masa untuk datang kembali membalas d3ndam dengan kemenangan. Pasti akan datang hari itu, ekor sedia untuk mengekori.

Rupanya, waktu itu tidak lama. Malaysia diundi dalam satu kumpulan bersama Vietnam untuk kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023. Inilah masanya!

Tugas ekor bersedia menyokong Malaysia. Kami ke stadium sehati sejiwa. Sejak tamat kemasyhuran striker Safee Sali, tiada nama hebat untuk mengg@nas sebagai striker.

Tetapi sejak kempen kelayakan Piala Dunia kita disajikan dengan semangat meny3rang sampai mat!. Malaysia yang sedia berjuang di Hanoi sudah makin meningkat prestasi dan keyakinan mereka sudah tinggi.

Bersedia Malaysia kali ini untuk mengavm dengan lebih hebat. Teruskan perjuangan ini Malaysia. Garuda sudah dib@ham. Gelora Bung Karno sudah dirob0hkan!

Kini tiba masa untuk kita tundukkan Naga Emas. My Dinh kita tawan. Pada pemain Malaysia, demi lencana di dada, usah gentar. Teruskan langkah kejayaan. Kalian sudah buktikan, sejarah 10-0 sudah dipadamkan. Inikan pula sejarah 1-0 perlawanan akhir AFF 2019.

Mari buktikan di Hanoi. Perlawanan di Hanoi ini amat penting. Penting untuk menguji percaturan terbaik Tan Cheng Hoe. Penting untuk kita dapatkan tiga mata penuh. Pasukan kali ini antara yang terbaik untuk Malaysia. Semoga kita diberikan kemenangan.

Ayuh Malaysia! Ayuh Harimau Malaya! Usah G3ntar! Malaysia, kami selalu ada, walau di mana pun berada. Kami di sini terus menjadi ekor Malaysia sejati.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *