Sebenarnya ia idea Ronaldo

MANCHESTER: Bernardo Silva mendedahkan bahawa Cristiano Ronaldo mencetuskan idea supaya skuad Portugal mendermakan 50 peratus daripada bonus kelayakan mereka ke Euro 2020 bagi membantu ketika pandemik COVID-19.

Pasukan itu menerima bonus kerana kejayaan mereka mara ke kejohanan berkenaan, yang sepatutnya berlangsung musim panas ini.

Ia bagaimanapun dijadualkan semula tahun depan kerana kris!s coronavirus yang berterusan.

Menerusi satu temubual bersama Bleacher Report, Silva ditanya mengenai kelakuan Ronaldo dalam kumpulan WhatsApp, selepas rakan sepasukan Silva, Kyle Walker berkata kadangkala dia ‘membuang’ pemain tengah itu dalam kumpulan sembang maya itu.

Dan Silva berkata: Dia lebih tenang.

Sebenarnya dialah yang menc3tuskannya, dua atau tiga hari lalu, ia memberikan kami idea untuk menyumbangkan bonus kami.

Jadi kami sudah layak ke Euro 2020 yang kini akan berlangsung pada 2021.

Dan dia berikan kami idea, mari dermakan sebahagian bonus kami, jadi saya rasa pasukan kebangsaan kami, pemain kami akan mendermakan 50 peratus bonus kelayakan kami.

“Dan memang dia aktif menghantar mesej kepada kami, tapi tidak ‘men3ndang’ pemain seperti dilakukan Kyle.”

Bonus berkenaan akan disalurkan kepada tabung diwujudkan Persekutuan Bolasepak Portugal untuk membantu kelab bukan profesional yang merasai kesan ak!bat COVID-19. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *