Lagenda Kedah Pernah Rasa Bermain Untuk Harimau Malaya

Lagenda Kedah, Marlon Alex James menyatakan kepada Astro Arena dalam sesi temubual yang walaupun tidak berpeluang untuk mewakili Malaysia, tetapi beliau pernah merasai seperti mewakili Malaysia ketika beraksi di saingan Liga Malaysia.

Apa yang dimaksudkan oleh Marlon adalah ketika beraksi bersama ATM terutamanya musim 2013, setiap kali aksi menentang wakil Singapura, LionsXII, beliau merasakan yang itu adalah aksinya untuk Malaysia. Semua tahu permusuhan dua negara ini.

Begitupun, pada musim tersebut, LionsXII dinobatkan selaku juara Liga Super dengan Marlon pula berjaya meraih Kasut Emas dengan 16 gol peribadi. Dan, ATM tewas kepada LionsXII dalam kedua-dua pertembungan antara kedua-dua pasukan.

“Ketika saya bermain bersama ATM, dua buah pasukan terhebat yang saya pernah bertemu adalah LionsXII dan Kelantan, dan saya sentiasa dapat menyaksikan permusuhan antara Singapura dan Malaysia,” ujar Marlon dalam temubual tersebut.

“Jadi, setiap kali ATM bertemu LionsXII, ia seperti Singapura melawan Malaysia, dan saya merasakan seperti saya sedang mewakili Malaysia,” jelasnya lagi.

Marlon sememangnya memiliki niat untuk mewakili Malaysia ketika beraksi di Liga Malaysia, namun disebabkan sudah menyarung jersi negaranya, Saint Vincent and the Grenadines, hajatnya itu tidak mampu direalisasikannya.

Peny3rang berbisa Kedah yang menyarung jersi Hijau Kuning pada musim 2006 hingga 2008 itu sudah mula mewakili skuad kebangsaan Saint Vincent and the Grenadines sejak tahun 1995 sehingga 2008 – 55 kaps serta mel3dak 12 gol.

“Saya selalu menyatakan yang Malaysia adalah negara kedua saya dan sudah tentu saya sangat mahu mewakilinya [Harimau Malaya]. Sayangnya saya telah bermain untuk negara saya, Saint Vincent and the Grenadines,” tambahnya lagi.

sumber: semuanyabola

Ketika di Malaysia, keupayaan beliau menjadi tonggak kepada kejayaan ‘double treble’ buat negeri jelapang padi itu akan sentiasa akan sentiasa kekal menjadi bualan penyokong Kedah sehingga kini dek kehebatan ‘permata hitam’ tersebut.

Di penghujung temubual tersebut, Marlon berkata ada melihat aksi Harimau Malaya dalam pusingan kelayakan Piala Dunia dan turut memuji mereka yang menurutnya bermain dengan sangat baik berbanding dahulu dan telah mengagumkannya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *