Dulu Pemain Sekarang Usahawan

Siapa yang tidak kenal dengan ABAH atau nama sebenarnya, Mohd Sabre bin Mat Abu, bekas “ubi”  Kedah seangkatan bersama Baddrol Bakhtiar, Khyril Muhymeen, Shafiq Jamal, Bunyamin Umar dan juga Abdul Hadi Hamid.Mereka juga merupakan sebahagian dari skuad Kebangsaan Malaysia bawah 20 tahun.Antara kejayaan kejayaan beliau di peringkat negeri/kelab dan negara adalah seperti berikut

Kedah

Juara Piala Malaysia (3): 2007, 2008, 2016
Juara Liga Super (2): 2006-2007, 2007-2008
Juara FA Cup (2): 2007, 2008
Juara Liga Perdana (1): 2015

PDRM

Juara Liga Perdana (1): 2014

Malaysia

Pingat Emas Sukan SEA: 2009
Juara AFF Suzuki Cup: 2010

Namun meniti angka usia 32 tahun, beliau membuat keputusan mendadak untuk berehat sementara menantikan kemelut isu gaji beliau selesai bersama bekas majikannya pada musim 2018. Isu tunggakan gaji bukanlah baru untuk tahun 2018 namun kemelut tersebut masih belum berakhir untuk beberapa pasukan walaupun musim baharu Liga Bolasepak Malaysia 2019 sudahpun bermula pada minggu ini.

Nekad dengan keputusan untuk berehat, beliau memilih untuk mencuba bidang baru sebagai seorang usahawan dengan mengusahakan perniagaan Restoran yang diberi nama Teratak Laman Suri. Lokasi perniagaan itu terletak di rumah keluarga beliau di Parit Buntar Perak. (lebih kurang 10 minit dari exit Lebuhraya Bandar Baharu dan tepi Jalan Utama ke Pekan Parit Buntar)

Pintu Masuk ke Kedai Abah

Kami berkesempatan mencuba beberapa set menu yang ditawarkan di Teratak Laman Suri yang ternyata cukup sedap. Antara yang sempat kami cuba di situ pastinya Nasi Kukus Ayam Berempah & Koktail(RM6.50), Set Teh O Ais @Teh O Limau Ais,Nasi Kukus Daging Masak Hitam & Koktail (RM7.00).

Menu menu utama di Teratak Laman Suri

Ternyata makanan yang dihidangkan cukup menyelerakan mengingatkan kami kepada masakan ala-ala orang terdahulu. Dengan sambalnya, daging masak hitamnya dan ayam rempah secukup memastikan harga yang dibayar setimpal dengan kesedapannya. Di Teratak Laman Suri, isteri Abah menguruskan masakan masakan kampung dan dessert manakala masakan Western akan dimasak sendiri oleh beliau untuk memastikan kualiti makanan terjaga.

Sabree Abu Di Dapur

Selain tarikan masakan kampung dan Western, pencuci mulut atau Dessert juga menjadi tarikan utama ke sini, antara yang dihidangkan pada kami ialah Koktail. Manis dan sejuk ! (Laju ja lalu kot tekak ! )

Rasanya cukup kot review makanan dari kami kalau nak tau lebih boleh pi teruih ke Teratak Laman Suri dan untuk update masakan terkini boleh like di page FB Teratak Laman Suri”

Kami dari Arena Hijaukuning mengucapkan Selamat Maju Jaya pada Sabree Abu (Abah) dalam usahanya menjadi usahawan muda dalam bidang makanan dan segala jasa Abah bersama skuad Kedah kami tidak akan lupakan. BIAR JASA JADI KENANGAN !

sumber: http://www.arenahijaukuning.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *