Perpindahan meng3jut adalah keputusan tepat – Akhyar

Pemain Muda Harapan Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2019, Akhyar Rashid menganggap perpindahan ke Johor Darul Takzim (JDT) adalah keputusan tepat yang telah dibuatnya dan telah banyak membantu menjadikannya sebagai seorang pemain lebih baik.

Meskipun tidak banyak membuat penampilan bersama JDT sejak perpindahan kontr0versi dari Kedah pada awal tahun ini dan banyak meman@skan bangku simpanan, Akhyar berpendapat itu adalah proses biasa dalam transisi karier seorang pemain.

“Saya berada di salah satu kelab terbaik di Asia. Untuk mem3cah masuk ke dalam skuad utama sudah tentu kena bek3rja k3ras kerana dikelilingi pemain-pemain yang hebat, baik import mahupun tempatan. Perlu diingat, di JDT, suasana, persekitaran dan fasiliti latihan itu sendiri banyak membantu meningkatkan pot3nsi seseorang pemain, tidak hanya kerana minit bermain semata-mata.

Selain itu, saya meraih pengalaman dan pendedahan berguna dengan membuat penampilan di Liga Juara Asia (ACL). Saya percaya masanya akan tiba untuk menjadi pemain utama dalam skuad utama dan anugerah ini memberikan saya lebih keyakinan.

“Dulu Safawi (Rasid) juga melalui proses sama, hari ini dia adalah pemain terbaik dalam negara. Jadi saya akan terus bekerja keras untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama, atau mendapat lebih banyak peluang bermain pada musim depan,” kata Akhyar yang menjulang Liga Super dan Piala Malaysia pada musim pertamanya di JDT.

Akhyar ketika ini sedang membantu perjvangan skuad Malaysia di pusingan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di mana Malaysia akan men3ntang Indonesia pada Selasa ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.