Midfield Malaysia makin hebat

Bahagian tengah skuad Malaysia bakal tampil dengan lebih g@rang menjelang perlawanan persahabatan antarabangsa men3ntang Tajikistan di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam esok.

Ia berikutan ketua jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe telah memanggil empat pemain tengah sedang berada dalam pr3stasi terbaik iaitu Baddrol Bakhtiar, Brendan Gan, Afiq Fazail dan Nor Azam Azih.

Perkara itu turut diakui oleh pemain tengah Pahang, Nor Azam Azih yang turut dipanggil kembali menyertai latihan skuad kebangsaan pada kali ini selepas disis!hkan pada pertemuan men3ntang Vietnam pada bulan lalu.

Selepas menjalani latihan beberapa hari bersama skuad kebangsaan, pemain berusia 24 tahun ini yakin berisan midfield pada kali ini dapat membantu Malaysia beraksi dengan lebih baik. 

Pada masa yang sama, Azam mengharapkan Malaysia dapat meraih kemenangan moral men3ntang Tajikistan sebelum men3ntang Thailand dan Indonesia kelak. 

Saya rasa bahagian midfield sangat baik dengan adanya pemain baharu dan pemain lama seperti Baddrol (Bakhtiar), Brendan (Gan), Afiq (Fazail) dan ianya pilihan yang terbaik (untuk digandingkan).

“Saya harap kami dapat kemenangan dan (melihat) keserasian dalam pasukan esok.” katanya dalam sidang media praperlawanan, tengah hari tadi.

Selain daripada 4 pemain tengah ini, Tan Cheng Hoe turut menyenaraikan 3 orang lagi pemain lain. Mereka ialah Syamer Kutty Abba, Azzizan Nordin dan Danial Amier.