Melihat umat Islam bersolat dan beribadah membuatkan beliau tertarik

Bekas bintang Pahang, Selangor dan Johor Darul Takzim, R.Gopinathan telah memeluk agama islam kira-kira jam 11 pagi Rabu, dan nama islamnya adalah Muhammad Gopi Rizqi Bin Rama Chandra.

Video dia melafazkan ucapan kalimah syahadah di Pejabat Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) tular di media sosial, mengundang pujian dan rasa syukur umat islam dengan keputusan dibuatnya itu.

Dihubungi Foxsports, Gopi berkata dia sudah lama tertarik dengan keistimewaan agama Islam, dan gembira untuk akhirnya menjadi sebahagian daripada saudara Islam setelah dua tahun memendam hasrat.

“Sebelum ini ada beberapa saudara terdekat saya peluk Islam, jadi sedikit sebanyak Islam itu dekat dengan saya. Melihat mereka menunaikan solat dan beribadah, membuatkan saya tertarik. Keinginan saya untuk turut memeluk Islam juga diketahui keluarga, dan mereka menyambut baik niat saya itu,” ujar Gopi.

Sebagai rekod, Gopi ketika ini bermain untuk PDRM FA dan dia antara pemain kunci pasukan itu yang menamatkan Liga Premier 2019 di tangga ketiga seterusnya mara ke Liga Super 2020.

Permulaan dia mencipta nama adalah bersama Pahang apabila membantu skuad tok gajah menjuarai Piala Malaysia dua musim berturut-turut pada 2013 dan 2014, sebelum berhijrah ke Selangor pada 2016 dan kemudiannya menyertai JDT di mana dia menjulang satu-satunya kejuaraan Liga Super dalam karier.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *