Malaysia tundukkan pasukan hebat

Satu r3mbatan daripada pemain gantian, Safawi Rasid pada minit ke-72 memastikan Malaysia berjaya mengatasi ujian daripada pasukan yang menduduki tangga ke-116 dunia, Tajikistan.

Men3ntang Tajikistan, ketua jurulatih, Tan Cheng Hoe melakukan sedikit ‘eksp3rimen’ terhadap kesebelasan utamanya. Akhyar Rashid, Syamer Kutty Abba, Syahmi Safari, Baddrol Bakhtiar dan Khairulazhan diberikan peluang untuk bermula dalam kesebelasan utama.

Permainan pada separuh masa pertama bermula dengan agak seimbang. Kedua-dua pasukan cuba mendapatkan tempo dan cuba mengatur s3rangan ke arah gawang lawan masing-masing.

Babak pertama menyaksikan sekitar empat percubaan dapat dilakukan oleh pasukan Malaysia. Ianya hadir menerusi percubaan oleh Syahmi Safari, Syafiq Ahmad dan Akhyar Rashid. Bagaimanapun, kesemuanya hanya percubaan yang lemah.

Skuad Tajikistan juga beberapa kali berjaya men3rpa kawasan kotak penalti Malaysia. Percubaan mereka paling berb@haya mereka hadir pada minit ke-29 menerusi satu s3pakan padu yang mengg3gar palang Malaysia oleh Dzhalilov Alisher.

Separuh masa pertama tamat dengan keputusan seri tanpa jaringan.

Memasuki separuh masa kedua, pasukan pelawat, Tajikistan terpaksa bermain dengan 10 orang pemain apabila penjaga gol mereka dilayangkan kad merah kerana meny3ntuh bola dengan tangan di luar kotak penalti.

Pada masa yang sama, ketua jurulatih turut melakukan sedikit perubahan pada babak kedua dengan memasukkan Brendan Gan, Safawi Rasid dan Adam Nor Azlin. Kehadiran Brendan Gan sememangnya mengubah tempo perlawanan skuad Malaysia disamping mempunyai kelebihan men3ntang 10 orang pemain.

Minit ke-72 menyaksikan Stadium Nasional Bukit bersorak keriangan apabila pemain gantian, Safawi Rasid berjaya melakukan larian ke dalam kotak penalti lawan, melakukan ‘cvt inside’ dan melepaskan r3mbatan untuk meletakkan Malaysia mendahului 1-0.

Walaupun bermain dengan 10 orang, Tajikistan cuba untuk menyaingi Malaysia dan berusaha untuk mendapatkan sekurang-kurangnya gol penyamaan namun usaha mereka sering dig@galkan oleh kek3ntalan barisan pertahanan Malaysia .

Kedudukan 1-0 kekal sehingga pengadil perlawanan, Razlan Joffri Ali meniup wisel menandakan tamat perlawanan.