Malaysia menang besar lagi

KUALA LUMPUR: Skuad negara berpesta gol buat kali kedua berturut-turut selepas memb3lasah Kepulauan Mariana Utara 10-0 pada aksi ketiga Kumpulan G Kelayakan Kejuaraan Bawah 19 tahun (B-19) Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) 2020 di Kemboja, sebentar tadi.

Kejayaan itu hadir hanya dua hari selepas anak buah Brad Maloney itu membenam Brunei 11-0 pada aksi kedua sekali gus menyaksikan mereka mengekalkan rekod bersih memenangi kesemua tiga perlawanan setakat ini.

Kenduri gol sudah dapat dijangkakan terutamanya selepas pengvasaan awal anak buah Maloney yang menyaksikan mereka mendahului dua gol hanya selepas 10 minit perlawanan berlangsung menerusi Aiman Afif pada minit ketujuh dan Hazim Abu Zaid (m-9).

Berkelebihan dua gol, Malaysia terus memburu gol tambahan dan Aidil Azuan memberikan gol ketiga pada minit ke-20 sebelum Fahmi Daniel memastikan Malaysia menuju ke masa rehat dengan lebih selesa apabila menjaringkan gol keempat di penghujung babak pertama.

Memasuki babak kedua, Malaysia bagaikan dirasuk apabila Aiman mel3dak hatrik menerusi jaringan pada minit ke-46, 74 dan 79 untuk dia menghimpun empat gol pada perlawanan ini.

Sementara tiga lagi jaringan dihasilkan Fahmi (m-56), Firdaus Ramli (m-64) dan Azrul Haikal (m-66).

Ahad ini mereka akan membuat perhitungan dengan Thailand dan ketika Thailand dijangka tidak berdepan masalah menundukkan Kemboja, pertembungan terbabit bakal menentukan juara kumpulan yang akan layak secara automatik ke pusingan akhir di Uzbekistan, tahun depan.

Sebagai rekod, meskipun Kepulauan Mariana Utara berada di bawah kvasa Amerika Syarikat namun kedudukannya di dalam benua ini membolehkan mereka mengganggotai Persekutuan Bolasepak Asia Timur (EAFF) sekali gus menjadi ahli AFC.

Antara negara lain yang turut berada dalam EAFF adalah China, Taiwan, Guam, Hong Kong, Jepun, Korea Utara, Korea Selatan, Macau dan Mongolia.