JDT pun berjimat

Untuk saingan bola sepak Liga Malaysia musim depan, pasukan yang cukup terkenal dengan kemewahan berbelanja dan mempunyai dana yang amat kvkuh, iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT) sudah mula melakukan transf0rmasi secara total bagi mengimbangi perbelanjaan pasukan.  

Pertama, pasukan utama JDT tidak akan melakukan pembelian pemain baru untuk saingan Liga Super musim depan.

Kedua, JDT yang turut sebumbung dengan  pasukan “feeder club” JDT II, dan pasukan JDT II yang beraksi dalam Liga Perdana akan melalui 0mbak perubahan secara besar-besaran. Ini adalah kerana objektif utama perubahan adalah untuk memastikan pembangunan akar umbi lebih tersusun.

Memandangkan status JDT II hanyalah sekadar pasukan “reserve” kepada JDT, adalah lebih baik tumpuan diberikan kepada penambahbaikan fasiliti kelab daripada melakukan pembaziran membayar gaji pemain-pemain yang semakin dim@mah usia.

Malah, andai benar 16 pemain akan dilepaskan, termasuk tiga staf pasukan, ia sekali gus akan membuka ruang dan peluang kepada pemain dari JDT III dan JDT IV untuk meraih tempat ke saingan yang lebih tinggi.

Perkembangan ini seiring dengan status pasukan “reserve” JDT II kerana penulis sebelum ini melihat begitu ramai pemain dengan nama besar yang beraksi buat JDT II, namun penulis tertanya-tanya apakah kesinambungannya memandangkan ramai daripada mereka yang hampir menc3cah usia 30-an, dan agak sukar untuk diserap ke skuad JDT.

Jadi, penamatan kontrak pemain-pemain ini adalah langkah bijak selain pemain yang tidak disambung kontrak bebas memilih haluan baru bagi meneruskan kesinambungan karier bola sepak mereka.

Memandangkan JDT juga mengeluarkan dana yang banyak untuk pembinaan stadium baru, jadi perubahan ini tepat pada waktunya selain ia secara tidak langsung turut membantu kelab melakukan penjimatan daripada segi kewangan.

Pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, bagaimanapun, bercadang mahu mendapatkan khidmat jurulatih dari Sepanyol buat JDT II dengan harapan meneruskan falsafah bola sepak yang sama daripada pasukan JDT B-12 hingga ke skuad senior.