Jaringan Unik jadi pilihan

Pertahanan negara, Syahmi Safari, mengakui kejayaan memenangi Anugerah Gol Terbaik Piala AFF 2018 adalah hasil kerjasama berpasukan yang turut dianggap sebagai m0tivasi terbaik untuk mengharungi kempen pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Syahmi menc3tuskan 3ensasi apabila dinobat sebagai pemenang Anugerah Gol Terbaik dalam Majlis Anugerah Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) di Hanoi, Vietnam, semalam. 

Lebih manis, tonggak Selangor itu turut terpilih dalam kesebelasan utama kejohanan di samping dua lagi pemain negara, Syamer Kutty Abba dan Norshahrul Idlan Talaha.

Syukur dan Alhamdulillah atas pengiktirafan gol tersebut. Ia terjadi atas kerjasama sepasukan. 

Jadi ia bukan untuk diri sendiri sahaja, sebalik buat seluruh pasukan. 

“Jadi saya anggap ini rezeki buat pasukan juga,” katanya di Palace of the Golden Hors3ss, Seri Kembangan, pagi tadi. 

Jaringan pemain berumur 21 tahun itu dibuat menerusi satu gerakan berpasukan ketika bertemu Thailand di Stadium Rajamangala, Bangkok, 5 Disember tahun lalu. 

Kevnikan gol Syahmi itu terhasil menerusi tujuh hantaran yang melibatkan tujuh pemain, bermula daripada penjaga gol, Farizal Marlias, sebelum disudahkan pemain berkenaan. 

Pengiktirafan tersebut turut mengubat kekec3waannya setelah jaringannya gagal berada dalam senarai akhir Anugerah Puskas Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).