Itu kisah hujung tahun lalu

Striker Malaysia yang dalam prestasi terbaik, Syafiq Ahmad sedar akan rekod kekalahan skuad kebangsaan kepada Vietnam pada hujung tahun lalu namun baginya itu telah menjadi sejarah.

Beliau yang telah menjaringkan 5 gol dalam 3 perlawanan yakin pasukan Malaysia pada ketika ini mampu mencatatkan satu keputusan yang positif dalam perlawanan hari esok jika dilihat pada prestasi semasa.

Malah kehadiran beberapa tonggak baharu seperti Brendan Gan, Matt Davies dan Corbin Ong pada kali ini menambahkan lagi kenyakinannya untuk memastikan sas@ran 3 mata dapat diraih di Stadium Nasional My Dinh, malam esok.

“Saya tahu pasukan kami tewas dua kali di sini pada tahun lepas tetapi pasukan Malaysia ketika ini telah menunjukkan peningkatan dan kami bekerja keras untuk menghadapi perlawanan ini. Kami berharap dapat meraih keputusan yang bagus.”

“Saya gembira berada dalam momentum terbaik ketika ini dan mahu terus bekerja keras untuk mengekalkan mom3ntum ini.” kata Syafiq Ahmad ketika sidang media pra perlawanan, tengah hari tadi.

Selain daripada Syafiq Ahmad, satu berita baik untuk skuad kebangsaan adalah khidmat pemain naturalisasi, Mohamadou Sumareh dijangka dapat diturunkan untuk mengisi posisi jent3ra s3rangan.

Namanya tidak kelihatan ketika men3ntang Sri Lanka dalam aksi persahabatan antarabangsa, sabtu lalu. Bagaimanapun, senarai akhir 23 pemain yang dikeluarkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Sumareh kembali disenaraikan oleh Tan Cheng Hoe.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *