Hatrik Luqman terpantas dunia

TIGA gol dalam tempoh dua minit 11 saat yang dihasilkan striker skuad B-18 negara, Luqman Hakim Shamsudin ketika membantu pasukannya memb3lasah Brunei 11-0 Selasa lalu boleh dianggap sebagai antara hatrik terpantas dunia.

Jaringan itu dilakukan Luqman pada aksi kedua Kumpulan G Kejuaraan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) B-19 di Phnom Penh, Kemboja dan andai pertandingan itu diiktiraf Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), nama pemain kelahiran Kelantan itu pasti disenaraikan dalam Buku Rekod Dunia.

Mengikut rekod dunia, jaringan hatrik paling pantas dipegang Tommy Ross ketika berusia 18 tahun sewaktu mewakili pasukan Ross County men3ntang Nairn County pada 1964 dengan rekod 90 saat.

Manakala pemain Mesir, Abdul-Hamid Bassiouny pula memegang rekod hatrik terpantas di pertandingan antarabangsa dengan catatan satu minit 57 saat.

Pengurus skuad B-18, Datuk Kamarul Ariffin ketika dihubungi mengesahkan Luqman menjaringkan gol dalam tempoh berkenaan namun beliau tidak dapat memastikan ia rekod dunia di pentas antarabangsa.

Saya memang sahkan Luqman jaringkan hatrik untuk tempoh dua minit 11 saat namun saya tidak pasti pula jika ia mem3cah rekod dunia.

“Perlu pastikan terlebih dulu berkaitan rekod berkenaan namun apa yang pasti memang striker terbabit mencatatkan hatrik dengan pantas,” katanya ketika dihubungi Arena Metro, hari ini.

Pada perlawanan Selasa lalu, skuad kendalian Brad Maloney melakar kemenangan besar dengan menumpaskan Brunei 11-0.

Striker prolifik negara, Luqman membuktikan ketajamannya apabila menyvmbat empat gol. Pesta gol negara dimulakan Azrin Afiq pada minit ke-17 sebelum Luqman (m-21, 22, 24 dan 41), Azam Azmi (m-31, 60), Aiman Afif (m-39, 85, 90) dan Harith Haiqal (m-59).