Curran Ferns sah kembali

Lama berkelana di luar negara, akhirnya kembali ke Liga Malaysia.

Pemain berdarah kacvkan Malaysia-Australia, Curran Ferns sah menyertai pasukan Liga Super Malaysia, Melaka United bagi musim 2020 nanti.

Pemain berusia 26 tahun itu beraksi bersama kelab Australia, Port Melbourne FC pada pertengahan musim lalu selepas meninggalkan kelab Liga Thailand, Sukhotai FC. Kali terakhir Curran beraksi di Malaysia adalah pada tahun 2018 bersama Felda United.

Boleh beraksi sebagai pemain pertahanan atau pemain tengah bertahan, Curran Ferns memulakan kerjayanya bersama Brisbane City. Dia kemudian menjalani sesi ujian bersama Johor Darul Ta’azim (JDT) tetapi diserap untuk beraksi bersama JDT II. Selepas itu, dia menyertai Negeri pada tahun 2016.

Curran Ferns menjadi pemain pertama yang diumumkan menyertai Melaka United bagi musim hadapan. MU sebelum ini turut mengumumkan bahawa mereka mengekalkan pemain pertahanan dari Korea Selatan, Jang Suk-won untuk musim hadapan.

Pada musim 2019, Melaka United menamatkan kempen Liga Super di tangga keenam dengan 33 mata. Mereka merekodkan sembilan kemenangan daripada 22 perlawanan liga.