Chelsea Pintas City kedudukan carta Liga

Tammy Abraham menjaringkan gol ke-10 dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) buat Chelsea untuk merakamkan kemenangan 2-0 ke atas Crystal Palace di Stamford Bridge,
sebentar tadi.

Pemain berusia 22 tahun itu menjadi pemain The Blues termuda untuk meraih 10 jaringan atau lebih dalam saingan EPL sejak Arjen Robben ketika menampan masuk hantaran Willian.

Chelsea berdepan kesukaran menghasilkan peluang ketika berdepan Palace, yang dibimbing Roy Hodgson — perlawanan ke-300 buat pengendali kelahiran England itu.

Jaringan pembukaan terhasil pada minit ke-52 apabila hantaran Willian berjaya disambar oleh Abraham sebelum tandukan Christian Pulisic memastikan kemenangan keenam berturut-turut buat skuad kendalian Frank Lampard itu dan melonjak ke kedudukan kedua carta liga.

Chelsea, yang menurunkan kesebelasan utama termuda dalam sejarah EPL dengan purata umur 24 tahun dan 88 hari, mempamerkan permainan lebih cemerlang dan hampir mendahului menerusi Pulisic, namun dinafikan penjaga gol, Vicente Guaita.

Palace tidak menampilkan sebarang anc@man buat Chelsea tetapi mereka berusaha mengawal ketat j3ntera s3rangan Chelsea.

Keampuhan Palace akhirnya berjaya diruntvhkan selepas tujuh minit dalam separuh masa kedua apabila Abraham tenang mengatasi Guaita selepas menerima hantaran Willian.

Percubaan Pulisic turut ditampan keluar oleh Guaita sementara peluang pelawat untuk menyamakan kedudukan hadir menerusi James Tomkins tetapi tandvkannya sekadar melewati palang gol.

Kegag@lan itu menghvkum mereka apabila 11 minit sebelum perlawanan berakhir, Pulisic menanduk masuk bola melintasi Guaita untuk jaringan pertamanya di Stamford Bridge.