Brendan Gan jadi tumpuan

Pemain tengah, Brendan Gan tetap komited untuk membawa cabaran negara dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 walaupun terpaksa men!nggalkan cahaya mata sulungnya selepas baru sahaja dilahirkan.

Kelibat Brendan mencuri tumpuan apabila muncul pemain terakhir melapor diri bersama skuad kebangsaan hari ini.

Ia sehari sebelum perlawanan men3ntang Tajikistan berikutan Brendan berada di Australia menerima kelahiran cahaya mata sulung beberapa hari lalu.

Ketika ia menjadi detik paling menggembirakan dalam hidupnya, Brendan bagaimanapun terpaksa melakukan peng0rbanan demi Malaysia.

“Sukar untuk mana-mana bapa yang terpaksa meninggalkan anak mereka yang baru sahaja dilahirkan. Tumpuan saya kini beralih untuk skuad negara dan berusaha untuk menghadirkan kemenangan,” kata Brendan.

Berdepan persa!ngan s3ngit dengan lambakan pemain tengah, Brendan mengakui gemar dengan cabaran dan persaingan merebut tempat dalam kesebelasan utama.

“Saya menggemari cabaran dan semua pemain di sini mahukannya bagi menampilkan permainan yang lebih baik. Kami berhak bersaing mendapatkan tempat. Persaingan ini mampu meningkatkan mutu kami dan berusaha meraih kemenangan ke atas Tajikistan, sebagai satu pasukan.”