Bekas pemain JDT sah peluk Islam

Bekas pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) dan juga Pahang, R. Gopinathan disahkan telah memeluk agama islam pada hari ini. Dengan melafazkan dua kalimah syahadah di Pejabat Majlis Agama Islam Pahang, beliau kini bergelar sebagai mualaf.

Menurut sumber, beliau juga akan menggunakan nama baharu islam iaitu Muhammad Gopi Rizqi Bin Rama Chandra. Gopi dijangka akan melangsungkan perkahwinan dengan gadis pilihannya yang berketurunan melayu islam dalam masa terdekat.

Musim ini, Gopi beraksi dengan pasukan PDRM FA dalam saingan Liga Premier. Pada tahun 2016, Gopi menyertai skuad The R3d Giants setelah 6 tahun menyarung jersi Pahang. Beliau kemudian menerima tawaran untuk beraksi dengan skuad JDT pada tahun 2017.

Bagaimanapun, pemain sayap prolifik itu kerap memanaskan bangku simpanan ketika bersama JDT dan hanya tampil beraksi penuh 90 minit ketika perlawanan Piala AFC men3ntang kelab Myanmar, Magwe FC yang menyaksikan Gopi menjaringkan gol untuk mengikat kedudukan 1-1.

Namun, belum dapat dipastikan kemanakah hala tuju beliau pada musim depan. Gopi turut memohon peminat supaya mendoakan dia kekal sebagai seorang Islam sehingga akhir hayat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *